Sunday, 14 July 2013

*..bicara benar rindu..ceritera qaseh..*


(gambar sumber daripada google)

bicara itu bukan senda.. bicara itu penuh makna..
walau bicara itu rahsia.. bicara itu pasti..
namun bicara itu bukan janji..
"kerana bahagia bukan selalu pada akhirnya"

dalam senyumnya.. benar itu kaseh..
dalam senyumnya.. benar itu cinta..
dalam tawanya.. benar itulah rindunya..

butir sebutir salju gugur beriringan..
belum pasti rindunyakan terubat..
jujurnya ucap jualah penawar keresahan..

aku tahu.. jika sering melafazkan rindu.. bimbang terbit rasa jemu..
aku tahu.. jika tidak sekali pun merindui.. bimbang rasa mengabaikan mimpi..
aku tahu.. jika sekali sekala mengucapkannya.. tidak semestinya ia lupa..

namun ketamakkan jiwa adatnya.. memaksa untuk aku nikmati..
bicara kasihmu setiap detik.. dan biarkan aku menyayangimu..
seumur hidupku...

...♥miss3sMellysa♥...

No comments:

Post a Comment