Sunday 17 June 2012

Bicara Luka...mengapa rindu....

(sumber gambar dari google)

Kerinduan bukan teman sebenarnya.. kerinduan menyakitkan..
terdetik dalam hati.. mengapakah ??...
tersirat segala jawapan.. menyedari akan bayangan terhapus jua..
dalam mimpi siang dan malam tanpa kehadiran sinar suria..
walaupun masih terasa hangatnya mentari merah..
terasa gersangnya kemarau kemarin..  
bisa benar main bicara.. bisa benar cipta janji.. bisa benar memetik cinta..
melaut gelora didada.. dek igauan mimpi semalam..
menggunung rindu dihati.. dek desakan kasih si pencuri..
bukan menuduh, bukan memfitnah.. mengatakan yang batil ke atas kamu..
namun itulah yang jelas terzahir.. dialunkan nada berbaur cinta...
hingga hati sang bunga merapuh lalu luluh..
ingin mengabdi namum tidak terjangka akal warasnya..
yang lupa seketika, tatkala gelora melanda..
yang dipanggil itu sayang, bukan nakhoda...
yang dipanjat kasih bukan putera...
lalu mengapa bayangan jua yang dipucuk citakan..
sedang istana berdiri gah dihadapan..
kembalilah semula ke jejak langkah.. pasti terjelas juga pandangan mata..
di sana jua bahagia dicipta... biarkan pergi, bawalah hati...
biarkan luluh segala kesayuanmu... luahkan saja jika perlu...
jika mati nyawa ini.. jika hilang dari pandangan...
ingatlah, aku sentiasa menyayangimu... ku sayang kamu..........

2 comments:

  1. Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun

    ReplyDelete
  2. racun itu adalah racun...
    madu itu adalah madu...
    walau dibungkus dgn apa jua corak balutan...
    ianya tetap tidak berguna...
    huuh...manusia jua yang diberi akal selalunya tidak pernah menggunakan dengan bijak akal itu lalu seringkali terdengar ada insan yang luluh hancur hati dan nalurinya kerana pendustaan gula2 durjana.....
    hahahahaaa.....renung2kanlah.......

    ReplyDelete