Sunday, 14 July 2013

*..bicara benar rindu..ceritera qaseh..*


(gambar sumber daripada google)

bicara itu bukan senda.. bicara itu penuh makna..
walau bicara itu rahsia.. bicara itu pasti..
namun bicara itu bukan janji..
"kerana bahagia bukan selalu pada akhirnya"

dalam senyumnya.. benar itu kaseh..
dalam senyumnya.. benar itu cinta..
dalam tawanya.. benar itulah rindunya..

butir sebutir salju gugur beriringan..
belum pasti rindunyakan terubat..
jujurnya ucap jualah penawar keresahan..

aku tahu.. jika sering melafazkan rindu.. bimbang terbit rasa jemu..
aku tahu.. jika tidak sekali pun merindui.. bimbang rasa mengabaikan mimpi..
aku tahu.. jika sekali sekala mengucapkannya.. tidak semestinya ia lupa..

namun ketamakkan jiwa adatnya.. memaksa untuk aku nikmati..
bicara kasihmu setiap detik.. dan biarkan aku menyayangimu..
seumur hidupku...

...♥miss3sMellysa♥...

Thursday, 11 July 2013

*...bisikan seumpama aku...*

(gsmbar sumber daripada google)

perLu berubah kerana...aku..
tidak mahu untuk reaLiti...aku..
adakaLanya reaLiti itu..
amat indah...dikhayaLkan..
adakaLanya reaLiti itu..
tidak seindah yang dikhayaLkan..
pulangLah tanya semuLa..
pada yang tersurat..
x perLuLah cari maksud tersirat..
biarkan resepinya rahsia..

biarkan juga wujudnya biasa..
dan biarLah ia tetap dirinya..
demi aku....atas namaku....

...♥miss3sMellysa♥...


Saturday, 20 April 2013

wiLL bE lOved...♥...

(gambar sumber daripada google)

Beauty queen of only eighteen, she had some trouble with herself
he was always there to help her, she always belonged to someone else
i drove for miles and miles, and wound up at your door
i've had you so many times but somehow
i want more

i don't mind spending everyday, out on your corner in the pouring rain
look for the girls with the broken smile, ask her if she wants to stay awhile
and she will be loVed
please don't try so hard to say goodbye.......

:: ...wiLL bE lOvEd ~ katenYee........
...♥miss3Mellysa♥...

Monday, 2 July 2012

*..suatu keEgoan jelas..ceritera qaseh fass..*

(gambar sumber daripada google)

*...sesuatu jelas qaseh...*
jika dibilang dgn jari.. tidak terbilang masaku luang.. jika dihitung dgn masa.. tidak terjangka berapa lamanye.. hingga habis segala abjad mnceritakan watak-watak cinta.. sekian lama bergurau senda.. bual bicara, menguntum rindu dlm nada riang, senyum dan gelora.. hingga x terucap keenakan arus qaseh.. tanpa mnghiraukn alam sekeliling.. yg hanya tahu, kehadiranmu yg d...ipenuhi corak-corak cinta.. sapaamu yg disulami nada-nada rindu.. sudah hingga suatu waktu.. kehadiran awan hitam yg begitu menakutkan.. memecah segala impian.. menyingkir semua kesan qaseh.. hingga x terjejak dibumi nyata.. hingga x terucap kepedihan luka.. dibibir terhurai kata pasrah.. namun kehancuran didalam hati segar berdarah.. kau tetap buta sbb x terlihat akan lukaku.. kau kekal pekak hingga x terdengar tangisan ini.. dan kau terus bisu hingga x terucap rasa simpatimu.. ego sungguh jiwa itu.. menafikan cinta dgn terpaksa.. hingga sanggup berubah menjadi zalim.. zalim pada dirimu dan yg pasti aku juga mangsa itu.. walau runtuh langit ke tujuh.. x mungkin pudar warna gelora ini.. semakin tebal dan begitu tegar dilubuk hati.. maafkan aku terpaksa begini.....

...♥miss3sMellysa♥...

Friday, 22 June 2012

*...taKDir keKasiH...ceritera qaseh fass...*

(gambar sumber daripada google)

sedaya upaya cuba untuk memahami ragam hati mengharungi rentak dunia...
cuba untuk terima hakikat seadanya...
cuba untuk terima kenyataan yang ditakdirkan..
cuba untuk terima segala kemungkinan esok dan lusa...
dan....seharusnya...bersyukur, kerana masih ada di depan mata..
ilham-ilham yang menggembirakan...
masih ada lagi sesuatu yang mampu merangsang...
sehingga menguntumkan senyuman...
walaupun senyuman itu hanya hiasan wajah hambar...
dan tidak jua seorang pun yang tahu...
apakah rasa dan makna senyuman itu...
maka...hargailah segala ilham dan ilusi yang masih bersama...
dan moga coretan ilusi kemarin bisa menganyam keindahan...agar..
dapat memberi segala keindahan dan kebahagiaan di sepanjang destinasi
yang amat jauh ini........

...♥miss3sMellysa♥...

Thursday, 21 June 2012

*... bicara nokhtah cinta... *

(gambar sumber daripada google)
 
sudahlah..cukuplah sudah... Usah difikir diluar batasan akal... Lebih elok akhirnya begitu..daripada menyesal dikemudian hari.. Dia mungkin ada sebab dia sendiri, dia inginkan sesuatu yang pasti miliknya tetapi bukan bayang-bayang seperti waktu ini... Sungguhpun ramai yang membicarakan...diluar sana ramai yang cantik dan menawan, cantik dimata...akan tetapi itu tidaklah seperti impiannya... semua itu tak cantik dimata dan juga bukan dihatinya.. Hanya mengikut naluri hati yang diidamkan...cantik luaran dan dalaman.......

mengeluh jua kata hati...bicara kesal tidak terhenti...daripada perjalanan ini menjadi satu destinasi yang panjang dan mengerikan lalu menderita menahan keperitan cinta...ku mohon akhiri semua aroma cinta umpama pelangi ini.. kerana tidak dia sanggup lagi menanggung derita luka dan yang paling jelas ketika ini...dia tidak mahu untuk mengkhianati kaseh seadaanya..
...♥miss3sMellysa♥...

Sunday, 17 June 2012

Bicara Luka...mengapa rindu....

(sumber gambar dari google)

Kerinduan bukan teman sebenarnya.. kerinduan menyakitkan..
terdetik dalam hati.. mengapakah ??...
tersirat segala jawapan.. menyedari akan bayangan terhapus jua..
dalam mimpi siang dan malam tanpa kehadiran sinar suria..
walaupun masih terasa hangatnya mentari merah..
terasa gersangnya kemarau kemarin..  
bisa benar main bicara.. bisa benar cipta janji.. bisa benar memetik cinta..
melaut gelora didada.. dek igauan mimpi semalam..
menggunung rindu dihati.. dek desakan kasih si pencuri..
bukan menuduh, bukan memfitnah.. mengatakan yang batil ke atas kamu..
namun itulah yang jelas terzahir.. dialunkan nada berbaur cinta...
hingga hati sang bunga merapuh lalu luluh..
ingin mengabdi namum tidak terjangka akal warasnya..
yang lupa seketika, tatkala gelora melanda..
yang dipanggil itu sayang, bukan nakhoda...
yang dipanjat kasih bukan putera...
lalu mengapa bayangan jua yang dipucuk citakan..
sedang istana berdiri gah dihadapan..
kembalilah semula ke jejak langkah.. pasti terjelas juga pandangan mata..
di sana jua bahagia dicipta... biarkan pergi, bawalah hati...
biarkan luluh segala kesayuanmu... luahkan saja jika perlu...
jika mati nyawa ini.. jika hilang dari pandangan...
ingatlah, aku sentiasa menyayangimu... ku sayang kamu..........