Friday, 22 June 2012

*...taKDir keKasiH...ceritera qaseh fass...*

(gambar sumber daripada google)

sedaya upaya cuba untuk memahami ragam hati mengharungi rentak dunia...
cuba untuk terima hakikat seadanya...
cuba untuk terima kenyataan yang ditakdirkan..
cuba untuk terima segala kemungkinan esok dan lusa...
dan....seharusnya...bersyukur, kerana masih ada di depan mata..
ilham-ilham yang menggembirakan...
masih ada lagi sesuatu yang mampu merangsang...
sehingga menguntumkan senyuman...
walaupun senyuman itu hanya hiasan wajah hambar...
dan tidak jua seorang pun yang tahu...
apakah rasa dan makna senyuman itu...
maka...hargailah segala ilham dan ilusi yang masih bersama...
dan moga coretan ilusi kemarin bisa menganyam keindahan...agar..
dapat memberi segala keindahan dan kebahagiaan di sepanjang destinasi
yang amat jauh ini........

...♥miss3sMellysa♥...

Thursday, 21 June 2012

*... bicara nokhtah cinta... *

(gambar sumber daripada google)
 
sudahlah..cukuplah sudah... Usah difikir diluar batasan akal... Lebih elok akhirnya begitu..daripada menyesal dikemudian hari.. Dia mungkin ada sebab dia sendiri, dia inginkan sesuatu yang pasti miliknya tetapi bukan bayang-bayang seperti waktu ini... Sungguhpun ramai yang membicarakan...diluar sana ramai yang cantik dan menawan, cantik dimata...akan tetapi itu tidaklah seperti impiannya... semua itu tak cantik dimata dan juga bukan dihatinya.. Hanya mengikut naluri hati yang diidamkan...cantik luaran dan dalaman.......

mengeluh jua kata hati...bicara kesal tidak terhenti...daripada perjalanan ini menjadi satu destinasi yang panjang dan mengerikan lalu menderita menahan keperitan cinta...ku mohon akhiri semua aroma cinta umpama pelangi ini.. kerana tidak dia sanggup lagi menanggung derita luka dan yang paling jelas ketika ini...dia tidak mahu untuk mengkhianati kaseh seadaanya..
...♥miss3sMellysa♥...

Sunday, 17 June 2012

Bicara Luka...mengapa rindu....

(sumber gambar dari google)

Kerinduan bukan teman sebenarnya.. kerinduan menyakitkan..
terdetik dalam hati.. mengapakah ??...
tersirat segala jawapan.. menyedari akan bayangan terhapus jua..
dalam mimpi siang dan malam tanpa kehadiran sinar suria..
walaupun masih terasa hangatnya mentari merah..
terasa gersangnya kemarau kemarin..  
bisa benar main bicara.. bisa benar cipta janji.. bisa benar memetik cinta..
melaut gelora didada.. dek igauan mimpi semalam..
menggunung rindu dihati.. dek desakan kasih si pencuri..
bukan menuduh, bukan memfitnah.. mengatakan yang batil ke atas kamu..
namun itulah yang jelas terzahir.. dialunkan nada berbaur cinta...
hingga hati sang bunga merapuh lalu luluh..
ingin mengabdi namum tidak terjangka akal warasnya..
yang lupa seketika, tatkala gelora melanda..
yang dipanggil itu sayang, bukan nakhoda...
yang dipanjat kasih bukan putera...
lalu mengapa bayangan jua yang dipucuk citakan..
sedang istana berdiri gah dihadapan..
kembalilah semula ke jejak langkah.. pasti terjelas juga pandangan mata..
di sana jua bahagia dicipta... biarkan pergi, bawalah hati...
biarkan luluh segala kesayuanmu... luahkan saja jika perlu...
jika mati nyawa ini.. jika hilang dari pandangan...
ingatlah, aku sentiasa menyayangimu... ku sayang kamu..........